kelebihan berpuasa di BULAN REJAB
Tuesday, June 21, 2011
assalamualaikum. memandangkan kemarin dulu ustaz masuk kelas dan dgn penuh bersemangat nya bertanya:
ustaz : hamani, posa dak g bulan rejab?
hamani : dak g pon.
ustaz : amin?
amin : hehe, belum.
kami ada 16 orang students islam, semua ustaz tanya, sampai dekat aku, ustaz tanya apa taw:
ustaz : haa syuhada, posa ganti habis dak g?
aku : (dgn muka malu2) hehe, dak g.
ustaz : ada berapa hari lagi tak ganti?
aku : ermm, 5.
ustaz : haa, baguih lah, time nih lah boleh ambik peluang posa, dapat dua pahala. satu
posa ganti, satu posa sunat.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
so, selamat berpuasa, hari nih baru 19 Rejab, insyaallah banyak lagi masa untuk kita tambah
saham akhirat.
kbai. ^_^
syuha zulkifli
0 comment/s