Eh, duit sekupang. Tak mau !

Thursday, August 11, 2011




Assalamualaikum.


Eh, lamanya tak buad entry malam malam.

Aku selalu tidur awal hari sekolah, tapi esoknya mengantuk juga kau kat sekolah. 


Dah 11 hari puasa, lagi 19 hari nak raya ^_^

Kat sekolah kan, tiap pagi ada tilawah al-Quran, lepas tu, ustaz bagi sikit tazkirah Ramadhan. Lepas tu, ada kuiz pulak, dapat hadiah, eehh, best kan ? Pahala dapat, hadiah pon dapat. 


Tadi, cikgu ada cakap, "Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah berbanding bau harum kasturi." Fulamak ! Bertuah kan kita ada kesempatan untuk puasa. Ada jugak haa yang tak puasa, lalu sebelah je bau rokok. Aku sepak karang apa tak dapat ! Tapi aku  ni perempuan tau, masih jaga adab. Kejip mata 11 kali.


Eh, kau sayang duit tak ? Duit dik, sapa tak sayang. Ada lah weh orang tak sayang, kan ada orang cakap, duit tak boleh bawak mati. Memang lah, sebab duit, anything can happen kan kan.

Eh, jangan bajet kau, budak budak sekarang, nampak duit sekupang, buad dono je ! Eh,tak da sekupang tak cukup sejuta tau ! Mak aku cakap, orang dulu dulu, dengan sekupang tu, boleh beli air secawan, nasi lemak sebungkus dan kuih satu.Ouh ! Masyuk, kalau zaman sekarang cegitu, jutawan muda aku sekarang. Pegi sekolah, bawak dua kupang je.Ish ish, jeles nya !

Sekarang ? Bawak dua kupang, balik jalan kaki lah kau, puasa lah setengah hari, terperup lah dalam class. 

Penah hutang duit ? Tak kisah lah, hutang apa pon, bayar lah cecepat. Kena esok mati, tak sempaat nak bayar, cena ?


[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya].

Abu Said R.a berkata :

"Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak.
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya].
wallahu a'lam.







kbai.




nota : *sekupang = seposen
         * dua kupang = dua puluh sen.  

You Might Also Like

0 comment/s