Jangan salahkan lalat. Minum je

Friday, December 16, 2011

Assalamualaikum.


Yes! Minggu depan aku dah nak balik Kedah. Aww gila tak sabar. Rindu mak hoi, padahal baru dua minggu tak jumpa. Apa ? Kau ingat sat dua minggu tu? 2 weeks kau tau, 14 hari! Lagi berapa hari nak sekolah, satu haram pun aku tak prepare, baju, tudung, kasut, tali kasut, anak tudung, stokin, beg bla bla bla..




Sekarang aku nak ajak korang flash back balik zaman dahulu kala ketika korang sedang minum air. Tak kira lah dekat mana, air apa, perisa apa, dengan sapa. Bayangkan ea, korang tengah minum fresh orange lah konon. Err, takapayah lah fresh orange, dekat rumah bancuh air milo panas, tengah ready bukak plastik roti kering nak cicah. Plup!









Masuk lah dalam cawan korang. Macam tak fofular je air milo, okay kita falsh back kau tengah minum air kosong ah. Umph sikit! Adakah korang akan ambil lalat tu dengan sudu, buang dan minum watderk je ? Atau adakah korang sumpah tak minum air tu, siap boikot gelas tu tak guna dah forever and ever ?




Aku pernah lalui. Masa tu aku nak minum air macam biasa lah, mak aku kat dapur tengah masak. Gila kuang hajar sekor lalat slamber Mak Jah je landing dalam gelas. Gelas adik aku yang kat sebelah lah, air aku dah habis masuk perut sampai ke bawah dah. Adik aku memang tak cangak ah, terus pergi simbah air tu sambil mulut menyumpah seranah si lalat tu. Kesiannn



Mak:

"Yang hang nak sound lalat tu cari pa? Awat? Macam dia dengar hang dok maki dia, peqabih ayaq liur.. 




Tu pendahuluan kepada cerita mak aku. Sambung :




..Orang tua dulu dulu kata, kalau lalat masuk dalam air jangan buang. Rendam dia sampai tenggelam, buang dan continue minum macam biasa."



Hahhhhhhhhhhhhhh?!!!!!



Ishh, berhari hari aku fikir macam mana lah nak minum air yang dah masuk lalat. Siap rendam lagi. Kembang tekak mikeo nya. Dengan lalat pun kita geli. Apa yang semua tahu, lalat ni kan suka hinggap dekat tempat-tempat yang kotor, busuk dan seangkatan dengannya lah.



Seketika tu, moh kita renungkan renungkan jangan sampai termenung sabda Rasulullah :


“Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minum salah seorang antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.



Sama sama lah fikir apa yang agak-agaknya korang buat bila ada lalat dalam air yang korang tengah minum sekarang.





kbai.









You Might Also Like

2 comment/s

  1. ehee. kita pun pkir byk kali nk minum.. walaupun ada kebaikkan sebenarnya.. :D

    ReplyDelete
  2. Memang kann, banyak kali lah fikir :)

    ReplyDelete