24434 cer dial !

Friday, June 10, 2011

assalamualaikum . pernah tak bila kau dial any number , talian akan berbunyi :
"Terima kasih , anda telah menghubungi Rumah Allah , sila tekan 1 untuk meminta , tekan 2 untuk mengucap syukur , tekan 3 untuk mengeluh , dan tekan 4 untuk permintaan lain"

atau mungkin kekadang , talian yg disahut akan berbunyi : 
"Saat ini malaikat sedang membantu pelanggan yang lain, sila tunggu atau cuba sebentar lagi, terima kasih"

suspen tak? suspen tak? pernah kau cuba bayangkan, bila saja ada respon yang sebegini :
"Jika saudara mahu berbicara dengan Malaikat Jibril, sila tekan 1,tekan 2 untuk berbicara dengan Malaikat Mikail, dan tekan 3 untuk berbicara dengan Malaikat-malaikat lain , terima kasih."

atau jugak yg macam nih :
"Harap maaf, komputer kami mengesan bahawa anda telah mengunakan perkhidmatan kami untuk berbicara dengan Allah sekali untuk hari ini, sila cuba lagi untuk hari yang berikutnya."

apa yg kau rasa bila kau call bf/gf kau , talian engaged , remuk aku rasa henset belacan tuh . macam mana pulak bila kau tengah tension gila , semua orang tak nak layan , termasuklah KEKASIH pujaan lobang hidung kau tuh ! setakat nak terjun pokok durian tak payah lah ! 

so , aku nak share sikit dgn kau talian 24434 . aku pon peroleh ini dari sumber bacaan , insyallah , kalau Allah berkeinginan nak campakkan HIDAYAH dalam hati kau , tak ada yg mustahil. Hidayah Allah akan hadir kepada sesapa yg Allah kehendaki , dengan syarat jagalah ibadah. Orang yg dulunya , perompak, penyamun, perogol, penculik, peragut boleh insaf dgn hidayah Allah. Mintalah , kerana meminta dgn Allah , nescaya cepat atau lambat, insyallah termakbul.

2: subuh
4: zuhur
4: asar
3: maghrib
4: isyak

ustaz ada cerita ,ada seorang pelacur boleh masuk syurga. aik , silap intake kot . tak , sebab pelacur tuh bagi seekor anjing yg kehausan minum air dgn hati yg ikhlas , free2 je boleh masuk syurga. Allah kan Maha Pemurah , mintalah dgn Allah =)

syukur kita yg tup tup lahir , dah islam. Alhamdulillah sangat2 . pernah tak korang tengok or dengar sesapa nak berdoa , sila bayar. Sebab Allah Maha Pemurah lagi Maha Menyangi , satu talian khusus telah disediakan unuk kita berhubung dgn Allah , 24434 . mmg susah nak sembahyang , aku pon kekadang terleka , buad mudah je . tapi cer buad dulu , jgn ikut perasaan.5 hari berturut-turut buad , mesti tak senang duduk kalau tak buad . sangat lah susah nak buad baik , sebab akan ada mulut mulut yg tak boleh duduk diam . ignore kan ! mmg betul pon , kubur masing masing ! 

talian yg Allah sediakan sangat lah mudah , tak payah beli HP mahal , tak payah nak cari duit topup , tak payah panas telinga bercakap lama lama . juz sebut nama Allah , terus talian akan tersambung n tak pernah sesekali engaged ! Allah menerima setiap pangilan hambaNya. 

bercakap lah , minta lah sepuas-puasnya , menangis lah , merayu lah , pohon apa sahaja yang baik . kalau rasa sakit hati , pohon lah semga hati ditenangkan , jgn plak minta Allah celakakan musuh kita sebab apa yg aku paham , doa untuk mencelakakan orang tak akan Allah makbulkan . senang sangat lah nak buad pahala , tengok: 1.al-quran , 2.tengok wajah ibu bapa dah dapat pahala , apa lagi kalau buad baik dgn al-quran n ibu bapa . cer dial number nih everyday yaw . 

p/s: minum susu dutch lady boleh tambah tinggi nih !

penat tak? penat tak? tak nak baca dah? okeh fine . babai =)

syuha zulkifli





You Might Also Like

0 comment/s