Dulu makan Ais Pop, sekarang Tutti Frutti. Dulu lain, sekarang lain.
Monday, November 21, 2011Assalamualaikum.
Hi sihat ?
Masa tengah hasilkan entry ni aku tengah baring sambil lapik bantal 3 bijik kat kepala, selimut kaki kiri sampai badan, kaki kanan tak masuk selimut dan itu je lah kbai.
Ehh jangan lah cuak, aku bergurau sikit ja tu, baru sikit. Mari mari apek, badrol, nazmi, mari baca ini entry. Sorry, the number you have dial is not in servive. Dah set dalam kepala, tak habis habis bola lah tu. Ehh tak, ini bukan entry berkenaan Bonai dan Ok to berasal dari puak yang sama, Izzaq tak dapat beraksi, tak tak bukan.
Sebelum tuu sila sediakan sekotak tissue Tesco untuk memudahkan playback mengenang masa silam.
Siapa sejak kecil zaman bayi bayi membesar dekat kampung ? Moh calit sikit. Seronok tak hingat bila dari kau mengesot, merangkak, bertatih, berjalan, berlari, bersekolah, bercinta monyet dekat kampung. Kalau macam aku, depan rumah ada sawah padi, orang kedah panggil Bendang. Fuhh, bila musim ambil padi, seronok weh, orang datang depan rumah tengok mesin padi ambil padi.
Lepas tu, gasak turun bendang main jerami yang belum bakar. Buat benteng masing masing, main sorok². Walaupun mak dah cakap 'Malam nanti, suruh mak garu badan, siap!' maklumlah benda tu kan miang. Semua tu kecik kecik dulu je lah buat. Sekarang nak suruh aku terjun bendang panggil itik itik ayah balik pun jangan harap lah. Konon terperasan diri dah besar.
Dulu kecik kecik suka makan benda merapu. Budak sekarang panggik Junk Food. Ais pop penah makan ? Tak tahu ? Hishh, baik kau pergi kedai runcit tanya apek mana satu ais pop. Ais pop ni ada banyak colour, cakap je nak flavour apa semua ada, tapi rasa semua sama. Bila pergi kedai, mesti hangkut benda sejuk ni sorang satu. Bila selalu gendong ais tu ja kat mulut, satu hari mak cakap 'Makanlah ais tuu, tau dak ais tu buat dengan ayaq sayoq. Ayaq yang lebih lebih orang basuh sayoq, orang buat ais tu lah.' Gulp!
Bila dengar mak cakap macam tu, sampai sekarang aku dah tak makan ais tu. Yelah, dulu mana tahu nak search Google cari betul ke tak asal usul ais tu. Dan sekarang bila adik aku hangkut ais tu bawak balik satu plastik aku pun bedallah ayat macam mak aku cakap dulu. Dia insaf sehari dua, esok beli balik. Tu lah budak sekarang.
Ni haa ais pop.
Sekarang ni dah tak pandang ais macam ni, Tutti Frutti kan ada.
Kat bawah kusyen tu tudung aku. Err
Dulu lain, sekarang lain.
kbai.
p/s: Tolong simpan balik tissue selepas digunakan.
6 comment/s
haha. betol tu. dulu kecik2 balik ngaji mesti beli eskrim pop ni. makan lagi petang2 lepak kat tmn menan. hihi :D
ReplyDeleteHehe, selalu beli. Kalau raya dapat duit pun pergi beli ais ni jugak. Hai teringat teringat :)
ReplyDeleteok..dah t'bayang macam2 kenangan zaman dulu kala masa baca entri ni :)
ReplyDeleteHahahaa, comel.
ReplyDeleteAis pop, x makan jugak, sebab mak cakap x baguih makan benda macam tu. hihi
Dylla : Hehe, best kan dulu dulu. Happy :)
ReplyDeleteUwmaisarah : Haha, tu lah lepas mak cakap cegitu terus tak beli dah :)
ReplyDelete