Resepi : Puding roti gula hangus. Ehh betul entah nama dia?

Friday, December 23, 2011



Assalamualaikum.



Hi sihat semua? 



Hampir tiga minggu aku menginap dekat rumah akak aku yang Ya Allah bosannya mak. Orang sini memang tak berjiran weh, buat hal masing masing je. Kalau lah aku ni penghulu kampung, dah lama aku buat meeting sembelih orang yang taknak berjiran ni. Dah gamaknya tak boleh nak main pondok pondok, main baling seliper, main galah panjang petang petang, dekat rumah aku tahu masak makan masak makan masak makan.



Daripada aku masak makan takda pekdahnya, moh lah kawe tunjuk satu resepi. Aku teringin weh nak belajar cakap kelate, sesapa sudi ajar? *muka bajet chipmunk 




Bahan-bahan yang wajib beli :

  • Roti potong (bukan roti gardenia)
  • Gula secawan & 10 sudu besar
  • Telur 6 biji
  • Air 
  • Esen vanilla
  • Susu cair satu tin



Gula hangus, buat dulu :

  • Masukkan 10 sudu besar gula ke dalam pelengat dan kacau di atas api yang perlahan sampai gula tu mencair. Warning : Jangan letak air although setitik. Jangan sampai hangus sangat, agak dah jadi warna perang tu, ratakan gula tu bagi tutup permukaan pelengat. Biarkan seketika sehingga beku.


Cara-cara perlu ikut:

  1. Blender susu cair, telur dan gula satu cawan.
  2. Bila semua tu dah sebati, masukkan esen vanilla dua sudu teh, blenderkan lagi kejap.
  3. Masukkan adunan dalam mangkuk besar.
  4. Sediakan satu mangkuk air kosong, carikkan roti anggaran besar dua jari, celupkan dalam air, perah antara kering dah basah. Warning : Jangan perah roti tu macam kau perah baju, agak macam genggam je. Masukkan dalam adunan. *Paham tak?
  5. Masukkan campuran roti dan adunan tadi ke dalam bekas yang kita dah buat gula hangus. Tambahkan air satu tin susu.
  6. Kukus selama satu jam.


Sila sabar menunggu ya. Dan bila dah siap macam ni lah hasilnya :






























Taraaaaaaa!




*ihsan Google





kbai.


p/s: Kalau tak jadi toksah risau ye, aku pun 1st time lembik je, hancusss. Hihi










You Might Also Like

4 comment/s