ONE DAY TRIP BUDGET: PULAU PINANG

Tuesday, November 15, 2016

Assalamualaikum, sayang.


Ha, dah lama nak post entry ni tapi asyik hold je. 

Okay, trip pi penang ni was planned a week before. Lebih kurang on the spot lepas habis exam terus shoot ke penang. Kenapa penang? Sebab situ kan sorgaaaaa makanan. Act, aku baru je habis praktikal dekat GH Pulau Pinang but sebab kawan baik ajak lebih kurang macam short vacay sebelum habis diploma la gitu. 4 orang je yang sempat join, sebab Shafikha busy in action. Ah

So kitorang gerak dari Klang sentral naik bas pukul 12.00 malam. Kira set masa dalam bas 6 jam nak sampai so terus subuh and berjalan sampai muntah. Tiket bas RM 43.00. Alhamdulillah around 5 a.m sampai Terminal Bus Sungai Nibong, padahal planned nak turun butterworth then naik ferri ke pulau sana. Disebabkan bas masuk Sg Nibong so aku ajak diorang turun situ. 

Settle bersihkan diri, surau situ okay agak besar bolehla untuk tukar baju semua but tandas hm kureng sikit. First destination in list, Bukit Bendera (Penang Hill). Cuba cari bas rapid, turun je bawah semua pakcik teksi pakat offer teksi with their best price. Starting from RM45 sampai ada yang bagi RM25. So, kitorang chose ambik teksi untuk jimatkan masa and price pun affordable for 4 persons kan. Sampai Bukit Bendera, pakcik taksi baik gilaaa ambik tambang RM20.00 shj. So, RM5.00 seorang.


Sebab kitorang sampai before 8 a.m so we got a special promotion price RM3.00 per person, tunjuk MyKad.

Here the fee.

So, the view atas tu waktu pagi was sooooo ya ampun nyaman banget! Macam oversea!



Haliana, Izzati & Aliya

Masa tengah syok bergambar, hujan gais! Haha punya la nak bajet tourist redah je! Tapi hujan tak lama, sempat la kitorang breakfast dulu. Makanan atas ni boleh tahan la harga dia. Nasi lemak ayam RM6.00. Air dah bawak mineral botol. Lepas makan, jalan lagi.






Turun Bukit Bendera pukul 10, ambik bas rapid terus ke 3D Art Museum. Baik betul orang penang ha, driver bas pun baik la. Tiket bas RM2.00 ya memang murah! Sebenarnya 3D Art Museum ni ada banyak kat Penang. Kitorang masuk yang dekat Georgetown, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Fee charged RM15.00. Tapi kalau guna student card dapat RM10.00!

Rapid Penang ada service CAT (Central Area Transit), pendek cerita free bus yang start dari jeti ke Penang Road. So bas akan stop dekat 19 perhentian, kalau destination kita ada dalam route tu, boleh catch CAT bus! Nak lagi detail boleh baca SINI






Next around 1 p.m, lepas Art Museum mestilah perut lapar gila kan tadi makan nasi share je sepinggan dua orang (itu yang best). Ha kita pi pekena mee sotong yang orang dok sebut sebut tu. Yeay!

Terbaik! RM5.00

Lepas makann, solat, bersihkan diri kita p street art pukul 3 macamtu. Tak jauh, jalan je kay dalam 10 minit gitu. Kat situ kitorang sewa basikal. Sebab aku ni jenis penakut la mengada la, haha Erna naik dengan aku basikal yang ada dua seat tu. Aliya Izzti naik single punya basikal.


Sewa basikal: Double RM 15.00, Single RM8.00


Teochew cendol.

Location: Lorong Keng Kwee, Penang Road Famous Teochew Chendul. Maigod sedapnyaaaaa! Memang ramai orang beratur, rasa santan diaaa wow! Wajib try k bila pi Penang. Tak rugi, satu mangkuk RM2.70

Ais kepal: RM2.50
Street Art

Lepastu, ingat nak cari nasi kandar tapi macam jauh sikit Line Clear, so kayuh basikal pi Kapitan Restaurant, makanan sini pun boleh tahan hokay sedap dia. So, kitorang oreder Set Nan cheese dengan Nasi Kandar. Merasa orang kata.
Nak sampai Kapitan pun bukan main la sesat dia haha


 RM 11.00

RM 6.00

Lepas makan, terus gerak ke street art untuk pulangkan basikal. Baiknya uncle basikal bagi kitorang sewa dari pukul 4-7 p.m siap offerkan nak ambik gambar atas basikal. Haha dah cakap orang penang memang baik! Then jalan kaki ke jeti, nak cari bas untuk balik Klang. Risau jugak takut tiket habis, tapi kitorang naik je feri ke terminal bas butterworth, ada takda tiket belakang cerita. Feri dari pulau ke seberang free okay. Kalau dari seberang nak masuk pulau RM1.20. Haha. Alhadulillah ada tiket RM43.00

Naik bas around pukul 10 p.m and sampai Klang pukul 5 a.m. 

The end. One day trip ke Penang still dalam budget. Masing-masing habis dalam RM160 macam tu je, tu pun sebab tiket bas lah. Till meet next budget trip!

Apa yang best dekat Penang? Best bila hang pi dengan kawan kawan yang satu kepala :)






You Might Also Like

7 comment/s

  1. Replies
    1. Ha penang mmg tempat berjalan, banyak tempat boleh p ;)

      Delete
  2. Sila bawa student kad next time. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha bapak ic pun tak bawak nasib tak jadi pati :((

      Delete
  3. Sila bawa student kad next time. Hahaha.

    ReplyDelete
  4. Akak time belajar dulu daki bukit bendera tu dengan budak batch. Sampai ke puncak tu satu nikmat. Haha. Hai rindu pulak bukit bendera, eh.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah orang cakap daki lagi best, hm kita pun rindu penang :(

      Delete