Istimewanya Lelaki dan Wanita. Huraian kepada Status.

Thursday, October 27, 2011



Assalamualaikum w.b.t.


Sihat ? Bagusssss.


Semalam aku ada buat status di FB.





Then, ada tegur mungkin status ni akan buat orang yang salah faham. Tak dinafikan, mungkin sesetengah orang  akan fikir semua nya ditanggung lelaki.



Refer kepada status, BERATKAN tanggungjawab Lelaki ?



Hukum menjelaskan walaupun telah berkahwin, tanggungjawab Lelaki masih kepada ibunya dan sekiranya tangggungjawab itu diabaikan, dosa baginya. Manakala Perempuan apabila telah berkahwin, hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala ganjarannya. Kalau tidak baik, dosa ditanggung suaminya.



Suami kena memberi nafkah kepada isteri, ini wajib tetapi tidak bagi isteri. Tetapi, digalakkan kaum hawa membantu Suami. Haram bagi Lelaki bertanyakan pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakannya tanpa izin. Kalau nak dibayangkan dosa-dosa yang ditanggung lelaki dan wanita ibarat gunung dan semut. 

Tetapi, orang Lelaki ada keistimewaanya yang dianugerahkan oleh Allah.

  • Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding Lelaki.
  • Wanita perlu meminta izin Suami untuk keluar rumah tetapi tidak sebaliknya .
  • Wanita saksinya kurang berbanding Lelaki.
  • Wanita menerima pusaka kurang dari Lelaki.
  • Wanita perlu menghadapi kesusahan dalam mengandung dan melahirkan anak.
  • Wanita wajib taat kepada Suami.
  • Talak terletak ditangan Lelaki, bukan wanita.
  • Wanita kurang masa bersama Allah kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada Lelaki.




Dan, jika dilihat sebaliknya :



Wanita menerima pusaka kurang dari Lelaki tetapi itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala Lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah dalam melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi, dan matinya ketika melahirkan adalah syihid kecil yang diampuni dosanya oleh Allah (Dosa kecil).



Seorang Lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan Suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyAllah, sayangnya Allah kepada kita Wanita!



Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa disisi Allah tetapi ingatlah wahai kaum Lelaki !   Kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu lah Allah mengangkat kamu menjadi Pemimpin.


Maka dengan keistimewaan itu, Jagalah dan Hargailah wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNya. 



Lelaki dan Wanita saling memerlukan.


kbai.


Note : Ya Allah, mungkin ada kesalahan dalam entri ini, teguran semua dialukan-alukan. Terima Kasih. (Y)











 


You Might Also Like

6 comment/s

  1. tanggungjawab lelaki memang berat. sebab tu jangan asyik cakap "untung nyer jadi laki ni sebab tak perlu jaga aurat sangat". hihihi

    ReplyDelete
  2. nice entry. sy bangga jd perempuan :)

    ReplyDelete
  3. Rainy : Ha'ah kann. Paham betul tanggugjwab masing-2 =)

    ReplyDelete
  4. Cik Honey : Sangat lha bangga kita dilahirkan sebagai perempuan. Alhamdulillah =)

    ReplyDelete