Putih kan bersih.
Saturday, November 26, 2011Assalamualaikum. Hi sihat ?
Hi adik adik 15 bila ambil result ? Apa rasa ? Perasan diri senior sat, haih apa buat cuti ni weh ? Kepada sesiapa yang merasakan nafsu tak dapat dikawal, sila undurkan diri untuk membaca entry ini.
Okay, aku dah jumpa kesukaan baru. Entah dah kenapa terjatuh hati, terjatuh mata, terjatuh tangan, terjatuh limpa jantung paru paru usus kecil usus besar. Apa lah yang ada pada dia yang buat aku tertarik sampai dah fanatik gila sekarang. *Ayat karangan BM exam final year
Sebelum meneruskan cerita dengan lebih lanjut dan mengorek isi hati yang tersimpan dan terpendam erat, mai kita ramai ramai pergi kedai beli janjan Zess satu beg plastik yang warna biru tu. Lepas tu balik rumah, bersila dan duduk tegak tegak, jangan baring! Sekali lagi diberi amaran, Jangan Baring! Ambil zess bukak plastik, then makan sambil menghayati cerita di bawah.
Benda ni warna putih, sangat lah omeyy, alala cubit sikit. Dia ada batang, ehem. Di sekeliling batang itu, dipenuhi dengan duri duri tajam yang dapat memberikan aura kepada si pemegang sekaligus jika terleka akan memberi impak negatif iaitu darah merah akan mengalir keluar. Bulu bulu halus yang terdapat di dekeliling batang tersebut juga dikhabarkan dapat melindungi dirinya dari serangan haiwan perosak mahupun serangga.
Benda ni sangat menawan. Sesiapa pun suka kalau diberi benda ni, nak nak lagi perempuan. Hai melting lah omputih kata. Kalau kau bagi aku, sumpah aku tak lepas, tidur mesti pegang punya. Bangun pagi cium sikit, petang tinggal kejap, mana boleh genggam je weh lembik lah menatang tu. Malam pulak ambil balik, sebelum tidur kasi ambil bau sikit, baru boleh tidur.
Baiklah, adik adik yang terbaca tolong jangan panggil mak ayah join sekali. Hai mari aku perkenalkan kat kau dengan benda yang dah culik, curik rampas hati aku macam ni.
Baiklah, adik adik yang terbaca tolong jangan panggil mak ayah join sekali. Hai mari aku perkenalkan kat kau dengan benda yang dah culik, curik rampas hati aku macam ni.
Jeng jeng jeng
Ehemm
Phewww lap peluh kat dahi
Kalau lah ada yang kasi free dekat aku *Feeling atas cruise
kbai.
p/s : Sila jauhkan diri dari budaya kuning.
4 comment/s
awal2 tulis mcm kuning.. HAhahah nasib baca sampai abis.. haha
ReplyDeletemai baca:
Skadal oo skandal
wah ayat intro nak perkenalkan bunga mawar putih, punya la blue kan, hehe,. sib baik otak ok;D
ReplyDeleteRizal: Hehe nasib baik :)
ReplyDeleteBella : :D
ReplyDelete